FAKTA! 1 daripada 5 Rakyat Malaysia adalah Penghidap Diabetes

Penyakit diabetes merupakan sejenis penyakit yang boleh dianggap sebagai antara paling popular di Malaysia.

Hasil Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019 (NHMS 2019), ia menganggarkan seramai 3.9 juta individu dewasa yang berumur 18 tahun ke adalah penghidap diabetes.

Jumlah tersebut meliputi 18.3% penduduk Malaysia yang mana peratusan tersebut mengalami peningkatan ketara berbanding dapatan yang diambil pada 2015 iaitu sebanyak 13.4% dan 11.2% pada tahun 2011.

Ini bermakna daripada jumlah itu, nisbah bagi rakyat Malaysia yang menghidap penyakit kencing manis adalah 1:5 dan jumlah tersebut sebenarnya sangat membimbangkan.

Tidak mendapatkan rawatan

Lebih menyedihkan, bekas Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba seperti memetik laporan berkata, hasil dapatan NHMS 2019 turut mendapati 49% daripada penghidap penyakit diabetes tidak pernah diperiksa mahupun didiagnosis menghidap penyakit itu.

Amalkan gaya hidup sihat

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa penyakit diabetes sebenarnya boleh dicegah sekiranya individu mengamalkan gaya hidup sihat dan melakukan saringan berkala.

Namun, tahukah anda bahawa 1 daripada setiap 2 rakyat Malaysia mengalami masalah berat badan berlebihan atau obesiti?

Ini bermakna, masih ramai dalam kalangan kita yang tidak mengamalkan gaya hidup sihat yang seterusnya mendorong kepada penyakit berbahaya seperti diabetes.

Lakukan 5 amalan gaya hidup ini untuk lebih sihat

Melihat kepada angka dan peratusan di atas, pasti hadir kesedaran dalam diri anda untuk cuba berubah dengan menjalani kehidupan yang lebih sihat.

Untuk melakukannya sebenarnya tidak susah. Bak kata pepatah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Justeru, kami kongsikan juga beberapa perkara atau aktiviti yang anda boleh lakukan meskipun dalam tempoh PKP untuk anda dapatkan gaya hidup yang lebih sihat:

  1. Lakukan senaman ringan di rumah
  2. Amalkan diet seimbang
  3. Kurangkan minum minuman berkafein
  4. Rehat dan tidur secukupnya
  5. Berhenti merokok

Beri perlindungan diri

Jangan sudah terhantuk baru terngadah. Anda juga berisiko untuk menghidap penyakit diabetes dan lain-lain. Dengan kos rawatan hospital yang kian meningkat, anda sangat digalakkan untuk bersiap sedia dengan mengambil perlindungan insurans atau takaful buat diri sendiri.

Kini, anda boleh mendapatkannya secara mudah melalui Bjak. Hanya secara atas talian, urusan anda untuk mendapatkan insurans kini lebih pantas dan selamat. Jika terdapat sebarang persoalan atau kebimbangan mengenai insurans, berhubung sahaja dengan ejen tanpa komisen Bjak yang bersedia setiap masa untuk membantu anda.

Sumber: Berita Harian, Utusan

Published by Athirah

"Go on your path, even if you live for a day."

Leave a comment

Design a site like this with WordPress.com
Get started