Anda disahkan positif Covid-19? Ini 19 jenis barang anda perlu bawa ke hospital!

Sejak Mac tahun lalu sehingga ke saat ini, rakyat Malaysia masih berperang dengan wabak Covid-19 yang dilihat masih tidak menunjukkan tanda-tanda pengakhiran.

Setiap hari, kes yang disahkan positif wabak ini masih kekal lima angka dan jumlah kematian juga tinggi sehingga menimbulkan panik dan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

Meskipun sudah lebih setahun pandemik ini melanda dunia, ramai dalam kalangan kita masih risau dan belum dalam keadaan bersedia sekiranya secara tiba-tiba disahkan positif Covid-19.

Namun sekiranya ia benar-benar berlaku, apakah yang anda perlu lakukan? Dengan keadaan emosi yang tidak stabil, anda pasti berasa buntu untuk berbuat apa-apa dan tidak mengetahui barang apakah yang perlu dibawa ke hospital bagi menjalani rawatan.

Jangan panik!

Tarik nafas…Anda perlu berfikir dengan waras bagi memastikan proses rawatan anda di hospital berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah dan mengelakkan daripada tertinggal sebarang barang yang penting.

Justeru, bagi membantu anda, di bawah ini merupakan senarai ‘wajib’ yang anda perlu ada dan bawa ke hospital kelak:

  1. Kad pengenalan
  2. Sedikit wang tunai untuk kecemasan
  3. Selipar (boleh pakai ketika pergi)
  4. Baju T-shirt
  5. Baju panas kain cotton
  6. Satu persalinan baju untuk keluar hospital. 2-3 set pakaian. Anda dinasihat untuk tidak membawa pakaian yang terlalu banyak kerana pada kebiasaannya akan diminta untuk memakai pakaian hospital.
  7. Alat mandian (sabun, ubat gigi dan yang berkaitan)
  8. Tuala
  9. Kain pelikat (bagi lelaki Muslim) dan telekung (bagi wanita Muslim)
  10. Telefon bimbit dan alat pengecas
  11. Fon telinga (untuk mengelak dari mengganggu orang lain ketika anda menonton video mahupun mendengar lagu di telefon bimbit)
  12. Beg baju kecil
  13. Makanan ringan seperti coklat, biskut, air mineral dan lain-lain
  14. Peralatan untuk makan dan minum seperti cawan, pinggan, sudu, thermos dan lain-lain
  15. Sediakan nama waris. Tuliskan nama waris di atas kertas untuk diberikan kepada petugas barisan hadapan setelah masuk ke dalam wad. Bagi orang tua atau kanak-kanak, seeloknya lekatkan nama waris pada beg mereka
  16. Pampers dan tisu basah bagi pesakit yang sudah berusia/ uzur. Sila jangan lupa untuk bawa juga cermin mata dan tongkat jika perlu
  17. Seluar dalam pakai buang serta tuala wanita jika perlu
  18. Ubat-ubatan (jik perlu mengambilnya)
  19. Bahan riadah dan untuk menghilangkan bosan seperti buku.

Nota tambahan: Anda tidak perlu membawa kad bank ke hospital dalam tempoh rawatan ini.

Sumber:

Sumber 1

Bjak menyediakan perlindungan insurans nyawa dan perubatana terbaik untuk anda. Dapatkan dari harga serendah RM150/bulan dan bercakap dengan ejen tanpa komisen kami sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mahupun persoalan.

Published by Athirah

"Go on your path, even if you live for a day."

Leave a comment

Design a site like this with WordPress.com
Get started