Insurans Perubatan VS Insurans Penyakit Kritikal – Nampak sama tapi…

“Insurans perubatan lain ke dengan insurans penyakit kritikal? Saya ingat sama?”

Mesti ada sesetengah daripada kita yang keliru dan menganggap kedua-dua insurans ini adalah sejenis insurans yang sama dan mempunyai fungsi yang serupa.

Namun tahukah anda sebenarnya, insurans perubatan dan insurans penyakit kritikal adalah berbeza dan bakal membantu pemegang polisi dengan cara yang berbeza.

Nak tahu apakah bezanya? Teruskan membaca artikel ini.

#1. Fungsi/ tugas kedua-dua insurans

S: Anda sakit dan perlu ditahan di wad hospital selama beberapa hari untuk mendapatkan rawatan. Insurans manakah yang akan membantu membayar bil rawatan hospital anda?

Jawapan: Insurans Perubatan

S: Anda alami penyakit buah pinggang. Akibat daripada penyakit itu, anda perlu menjalani pembedahan sehingga pada akhirnya anda lumpuh dan tidak boleh bekerja. Apakah insurans yang boleh membantu anda untuk meneruskan kehidupan selepas itu?

Jawapan: Insurans Penyakit Kritikal

Bagi memudahkan anda untuk memahami kedua-dua situasi ini, sila rujuk jadual ringkas di bawah:

Insurans Perubatan biasaInsurans Penyakit Kritikal
Tugas/ FungsiMembantu membayar kos rawatan dan ubat-ubatan hospitalPemegang polisi akan dibayar sejumlah wang secara sekaligus (lump sum) apabila didiagnosis dengan penyakit ktirikal yang termaktub dalam polisi insurans, mengalami kehilangan upaya kekal atau kematian
Perbezaan tugas insurans perubatan dengan insurans penyakit kritikal

#2 Cara anda boleh ‘belanjakan’ wang insurans tersebut

Insurans perubatan hanya membolehkan anda untuk menggunakan hasil tuntutan insurans bagi membayar segala kos rawatan dan ubat-ubatan hospital.

Manakala bagi insurans penyakit kritikal pula, selepas anda dibayar secara lump sum oleh syarikat insurans, anda boleh menggunakan wang pampasan itu untuk apa sahaja dan tidak terhad kepada perubatan. Namun, anda semestinya diingatkan untuk bijak dalam membelanjakan wang tersebut selepas mengambil kira situasi dan keadaan semasa anda.

#3 Penerima manfaat

Bagi insurans perubatan, syarikat insurans hanya akan membantu membayar kos rawatan anda sahaja sekiranya anda tidak membeli perlindungan untuk keluarga ketika menandatangani polisi.

Namun, sekiranya perlindungan yang anda pilih ada memberi perlindungan untuk keluarga, maka syarikat insurans juga akan membayar kos rawatan hospital untuk keluarga anda.

Berbeza untuk insurans penyakit kritikal, penerima manfaatnya adalah lebih luas di mana anda sebagai pencarum dan tanggungan anda akan menerima manfaat hasil wang pampasan. Ia bergantung kepada cara anda menguruskan wang tersebut.

#4 Tempoh perlindungan

Untuk pengetahuan anda, tempoh perlindungan untuk kedua-dua insurans ini juga adalah berbeza. Sila lihat jadual di bawah untuk memudahkan pemahaman anda:

Insurans PerubatanInsurans Penyakit Kritikal
Tempoh perlindunganSehingga umur 80 tahun dan ke atas (mengikut polisi)Sehingga umur 80 tahun dan ke atas (mengikut polisi) atau berlakunya kematian
Tempoh perlindungan bagi insurans perubatan biasa dengan insurans penyakit kritikal

Secara keseluruhannya, kedua-dua insurans ini memainkan peranan yang penting. Anda perlu memahami fungsi insurans anda dan dapatkan pelan terbaik buat diri sendiri.

Kini, anda boleh dapatkan juga pelan lengkap semua-dalam-satu secara online di Bjak. Berhubung dengan ejen tanpa komisen kami dan carilah pelan terbaik untuk diri dan keluarga anda.

Published by Athirah

"Go on your path, even if you live for a day."

Leave a comment

Design a site like this with WordPress.com
Get started